perlu ada rasa diri bertuhan
rabbahiyah
salah satu ciri
yang mesti dihadirkan dalam diri
bagaimana?
sesungguhnya Allah telah meniupkan ROHNYA
ke dalam jasad nabi Adam; datuk kita selepas diciptakan.
itu unsur yang menghubungkan kita dengan Allah.
dianugerahi pula seketul daging yang tersembunyi di dalam dada
yang dimanakan hati
dan jika ianya baik
maka baiklah selurah zahirnya
perbuatannya
pertuturannya
amal kerjanya.
lantaran itu, sang hati perlu dipelihara,
perlu diberi santapan yang baik, dan juga perlu dirawati
kerna tuannya di dunia ini adalah insan yang tidak sunyi dari dosa
tidak maksum seperti rasul-rasul
lelaki pilihan Allah yang menjalankan tugas hebat di muka bumi ini.
peliharaannya itu dari apa?
utamanya dari cintakan dunia.
kerna apabila kita hampir kepada dunia
maka kita menjadi jauh dengan Akhirat
terlupa tujuan kita diciptakan
walau teringat, mungkin kualiti kerja dalam mencapai tujuan hidup tidak ditahap maksima
dek tergagal menjaga hati dari cintakan dunia yang nampak mempersonakan.
oleh itu, untuk memelihara hati ini dari yang itu,
santapan yang diberikan perlulah yang terbaik
penuhilah ia dengan istigfar dan zikrullah
solatnya perlu berjemaah, tidak diabaikan solat-solat sunat
puasa isnin khamisnya tidak ditinggalkan
sadaqahnya diperbanyakkan
kerna itu semua adalah apa yang Allah sediakan
untuk hambanya yang ingin memiliki hati yang salim
selamat dari penyakit cintakan dunia ditambahi pula penyakit-penyakit hati
yang lain, lahir dari cinta yang silap itu.
namun,
jika ditimpa musibah di hati
segeralah ia diberi rawatan
dan janganlah bersedih kerna
Alhamdullih Allah masih mengizinkan diri mengenal pasti
yang bahawasanya hati itu telah jatuh sakit lalu perlu diubati..
berdoalah, bertaubat dan bermujahadah
"barangsiapa yang merasa bangga dengan kebaikannya dan merasa bangga dengan kejahatan yang dilakukannya, maka dialah yang beriman" (hadis)
"satu kejahatan yang menyedarkanmu, bahawa hal itu jahat, adalah lebih baik daripada satu kebaikan yang membuatmu ujub dan tertipu" (saidina Ali)
"Boleh jadi dibukakan bagimu pinti taat, tetapi pintumu tidak terbuka untuk menerima. boleh jadi engkau terjatuh ke dalam maksiat, tetapi kemaksiatan itu membuatkan engkau sampai kepada keinsafan. kemaksiatan yang membawa kesedaran akan kehinaan adalah lebih baik dari ketaatan yang membawa kepada ujub dan takbur" (ibnu Atha'illah)
No comments:
Post a Comment
wonderful thought (^_^)