al-an'am:99

"Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman"

Thursday, August 26, 2010

selamat hari lahir

selamat hari lahir buat adinda terchinta
alifah hussien
sweet 16 year old

semoga berjaya dengan cemerlang di "sini" dan di "sana"
semoga terus rajin berusaha
rajin belajar
rajin beramal soleh
rajin membaca al-quran
rajin menghulurkan bantuan
 rajin memberikan senyuman
rajin bersabar

~ingatlah; apabila umur kita menigkat, maka makin hampirlah kita dengan kematian yang akan menbawa kita kepada kehidupan yang kekal abadi. kehidupan itu akan menjadi indah jika kita mempersiapkan bekalan iman, ilmu, amal, akhlak dan perjuangan kerana mencari HIS UNLIMITED LOVES~

semoga10 akhir Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini tidak akan dilepaskan peluangnya untuk melipatgandakan amal soleh kita kerana padanya ada lailatul qadar- malam yang pahalanya lebih baik dari seribu bulan jika kita beramal dan beribadah di malam tersebut.
so, jom bersedia dan beramal kerana sesungguhnya kita akan bertemu dengan NYA pada bila-bila masa..

maafkan kesilapan yong zahir dan batin atas segala yang telah berlaku. doakan lah kesejahteraan kita bersama. 

BERUSAHA!!! Go! ^^


 

Wednesday, August 25, 2010

berusaha dan berdoalah

semoga berjaya membentang satu qitah dalam kitab mughni muhtaj!!!
berusaha!!!

semoga berjaya dalam ujian pertama dengan cemerlangnya;
-usul fiqh
- fiqh muqarrar

semoga al-bahs tentang "makan wa majlis qada'" diselesaikan dengan jayanya~

WNN n SB; all the best to us all!!

usaha-berusaha-saling mengusahakan...
doa-berdoa-mendoakan-didoakan...

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada Mu tentang aku maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku agar mereka selalu  berada dalam kebenaran" (2:186)