al-an'am:99

"Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman"

Tuesday, January 5, 2010

seronoknya ke sekolah

adik-adik,
selamat kembali ke sekolah,

seronok ...
bermacam ragam, beraneka wajah, gembira saya melihat mereka.
semoga mereka akan menjadi orang yang memahami hakikat kehidupan ini..amin.

tapi, aku pulak yang sebak sampai menangis bila baca surat khabar pasal adik-adik darjah satu ke sekolah.
kisah adik Savio yg cacat penglihatan- tetapi masih bersemangat untuk datang ke sekolah walaupun tanpa ditemani siapa2, kisah 2 kanak-kanak istimewa yang akhirnya diterima masuk ke kelas khas yang agak jauh dari rumah mereka.....mereka punya pengalaman tersendiri dan semestinya Allah telah memilih mereka untuk berada dalam situasi sebegitu...begitu jua diriku, punya kenangan seakan itu..

bersyukur....
teringat akan kekurangan diri.
hmmm, seingatnya, semasa di darjah 4, saya masih tak berapa pandai membaca, menulis...
bahasa melayu satu hal. tak kira lagi bahasa inggeris...
mengaji quran? dah masuk uia, tapi mengaji bukan benda yang senang untuk saya....

banyak kesalahan bila saya membaca dan menulis...
saya selalu kata "i am careless", kadang-kadang tertukar kedudukan number - contohnya 47 akan jadi 74, kiri jadi kanan, kanan jadi kiri, baris atas jadi baris bawah, perkataan "shall not" saya baca "shall" dan akhirnya saya akan faham benda yang lain dari sebenarnya... jadi, sebab tu lah saya kata saya selalu cuai dan tak berhati-hati...(it still remains with me till now-hehe)

tapi, di uia ini saya diizinkan untuk mengetahui sesuatu yang agak lebih dari apa yang saya sedia maklum selama ini. saya berusaha untuk memerima kekurangan diri dan semestinya lebih bersungguh-sungguh (betul ke?) dan berhati-hati dalam urusan menuntut ilmu ini. ini penting, kalau tidak susah lah saya nak bertahan dan berjaya kerna saya punya kekurangan sebegitu...

melalui sedikit pembacaan saya, situasi sebegini merujuk kepada ciri-ciri orang yang mempunyai dyslexia. kalau nak tahu apakah dia dyslexia itu, sila la google sendiri.. hmm, but, i always claim that it is only a minor one...heheh. sebelum ini, saya ada juga berhubung dengan seorang pensyarah di institute of education, uia. alhamdulliah, dia ingin membantu saya dalam mengenal pasti sama ada saya benar-benar punyai dyslexia ini. tapi, selepas beberapa ketika, kami terputus hubungan kerna masing-masing sibuk dengan urusan lain.. insyaAllah, saya akan cuba hubungi beliau sebelum saya tamat pengajian di sini.. hmmm, semester depan insyaAllah ada lagi di sini untuk sambung Syariah (alasan untuk bertangguh menghubungi madam la ni-hehe)

okay, apa-apa pun, terima dan hargai diri anda. we are not perfect! berusaha, dan Allah akan membantu, InsayAllah. he gives us the bestEST...always, in any situation.

4 comments:

  1. dyslexia??? serius yong??? owh,,, baru saya tau..

    ReplyDelete
  2. heheheh........
    abaikan je..uhuhu
    masing2 punya bahagian..
    smoga kita semua berjaya..ameen

    ReplyDelete
  3. x manis rsenye perjlnn hidup ni andai xde sedikit gelore... btul x?? ape yg pnting, internal force yg perlu hadir utk mmberi satu momentum hebat!!! you can, my sister ;)

    ReplyDelete
  4. tqvm nur_mirwana. it enlighten my day..thanks again.. may Allah bless u.ameen

    ReplyDelete

wonderful thought (^_^)