al-an'am:99

"Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman"

Wednesday, July 28, 2010

kisah mereka dan kita

subhanallah
alhamdulillah

what a very-very long time...
so, this update is a respond to a complaint / request of a good friend of mine- timtem...who is currently being a chambee. wish u allllllll the best with the chambering period..9 months, well as what my lovely mr baha said, the reason why it takes 9 months before you becoming a certified lawyer- it is an analogy to the normal duration of a baby to be in a mother's womb before he or she could come to see this temporary world...comey betul sir punya idea...uhuh

well a long time ago, i wrote in my fb's status box....

nasihat salim bin abdullah bin umar bin al-khattab kepada umar bin abdul aziz:

"...sebenarnya, bantuan Allah akan diberikan kpd seseorang bergantung kepada niatnya. jika niatnya untuk kebaikan, Allah akan berikan bantuanNYA, jika niatnya tidak benar2 sempurna, Allah akan membantu sekadarnya..."

sedikit background utk surat tu adalah- masa mula2 umar abdul aziz dilantik menjadi khalifah, beliau menghubungi cicit umar al-khattab; salim untuk meminta segala document2 milik datuknya; umar utk dijadikan rujukan...so, salim pun balas surat umar abdul aziz dan tadi adalah sebahagiaan daripada isi kandungan surat tersebut...
 
so, soalannya (dari ida adiygkiut), mcm mana nak make sure yg niat kita itu benar2 sempurna...uhuh, susah untuk saya jawab because i believe that i have the same problem too..niat dan segala yang terlintas di dalam hati..semua yg terdetik...it flactuates...

hmm, what i can say, we have to keep reminding ourselves 3 big questions, namely;
1) من اين؟
2) الى اين؟
3) لماذا؟

those questions share a same answer. yes, we are from Allah, kepada Allah kita akan kembali and lillahi- kerana Allah.. boleh juga kita renung2kan makna mendalam lafaz لا إله إلا الله محمد رسول الله... daripada lafaz ini, kita boleh katakan sesungguhnya:-
1) tiada sesuatu yang aku sembah, aku lebih kasihi, cintai, lebih rindui, lebih takuti kecuali Allah lantas hidup matiku adalah kerana Allah semata-mata..
2) dan aku sedaya upaya akan mengikut apa yang telah diajari oleh nabi Muhammad rasullallah kekasihNYA..

i believe if we hadam dan fahami serta hayati hakikat syahadah itu, insyaAllah kita bisa mempaksikan segala amalan dan niat sebulat-bulatnya hanya kerana Allah..

besides, dalam surat yang sama, salim menyatakan;

"jika jiwamu mendorangmu untuk melakukan sesuatu yg tidak diredhai Allah, ingatlah tentang orang yg berkuasa sebelummu yg kini telah pun meniggalkan dunia ini. bawalah dirimu merenung bagaimana mata mereka yg selama ini melihat keseronokan kini telah pun tersembul. bagaimana yang tidak pernah kenyang kini telah pun pecah. bagaimana agaknya jika mereka kini hanya berupa bangkai dibiarkan di sebelah rumah kita tanpa ditutup? sudah tentu kita akan heboh mengadu tenang bau busuknya"

so, apa yang saya nampak, salah satu cara utk kita pertahankan niat yg suci murni sempurna kerana Allah adalah dengan selalu mengingati mati..semua yang hidup pasti mati. kita yang dianugerahkan / dipinjamkan tubuh badan yang sihat, akal yang sempurna, harta yang mencukupi dan sebagainya semuanya akan berhadapan dengan kematian...ia pasti.. dan yang kita bisa lihat adalah setiap yang mati akan hancur menjadi tanah dan sebelum itu proses pembangkaian akan kita lalui..hebat mana pun kita, pasti akan mati, hancur musnah...so, kalau kita selalu ingat akan kematian dan kehinaan bangkai yg terbiar busuk (ibarat kerna banyaknya kezaliman yg dilakukan), insyaAllah kita akan sedaya upaya utk tidak berlaku zalim (dan sesuatu yg tidak Allah redhai) samaada kepada diri sendiri, keluarga, rakan, dan alam sejagat ammnya...

apa yg lebih penting, kita sedia maklum yang kematian itu akan membawa kita kepada alam barzakh iaitu satu alam perpindahan selepas dunia sebelum akhirat...di alam itu kita mula merasai nikmat atau azab bergantung kepada amalan sepanjang hidup kita di dunia ini...

situasi pertama alam barzakh bagi sesetengah golongan, Allah ada menggambarkan dalam ayat 46 surah al-Mu'min "mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada di alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kpd malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya""

on the other hand, gambaran tentang orang yang mendapat nikmat  di alam barzakh ada Allah ceritakan dalam surah Ali Imran ayat 169-170. "dan jangan sesekali engkau menyangka mereka yang terbunuh (yg gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. dan juga mereka bersukacita dgn kurniaan Allah (balasan mati syahid) yg telah dilimpahkan kpd mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang (islam yg sedang berjuang), yg masih tinggal di belakang, yg belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadiaan yg tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"

.............................................................................................................................................
in a nutshell, setiap yg dilakukan akan diukur dengan niat kerana Allah...dalam proses pelaksanaanya sudah pasti pertolongan Allah amat2 diharapkan....pertolongan itu bergantung kepada kemantapan niat kita...semoga ia bulat keranaNYA, agar bantuaan Allah tidak putus2...walau apa pun, kita tidak pernah sunyi dari kelalaian...oleh itu, istiqfar adalah lafaz yg hampir dengan kita lantas mari perbanyakkan melafazkannya.. Ya Allah, jadikan kami hamba2Mu yg mendapat pertolonganMu dan jauhkan kami dari melakukan apa-apa yang engkau tidak redhai...

Alfatihah untuk saudara2 kita yg telah meninggalkan kita dan dunia sementara ini. semoga kita akan berjumpa di kehidupan akhirat yg kekal abadi....

Thursday, July 22, 2010

hari-hari yang aku tak tahu
good 
not too good
bad
and even worst!
in one single day